KUMPULAN 4
MOHAMAD SALEHUDDIN SOWAMI
MOHD NOR HAMZAH HAMBALI
SHAMIL AZFAR APANDI
PENIPISAN LAPISAN OZON
1.0 Pengenalan Penipisan Lapisan
Ozon
Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas
yang dinamakan sebagai lapisan ozon. Lapisan ozon ini mula dikenali oleh
seorang ilmuwan dari Jerman yang bernama Christian Friedrich Schonbein pada
tahun 1839. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesostera
dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon (O3)
merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul yang
berwarna biru pucat. Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di
atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan, iaitu troposfera,
stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon ini wujud di
antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera untuk melindungi bumi daripada sinaran
ultra-lembayung. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan
menghalang menembusi ke permukaan bumi.
Penipisan Lapisan Ozon
merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian stratosfera mengalami
hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada aktiviti manusia
dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai
mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke bumi. Masalah penipisan lapisan
ozon pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah menemui lubang
ozon pada tahun 1987. Penemuan ini berlaku di kawasan Antartika. Dengan kata
lain, penipisan lapisan ozon bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi
nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan
menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon
penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
2.0 Kegunaan Lapisan Ozon
Lapisan ozon sangat penting kerana ia menyerap
radiasi ultra violet (UV) dari matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi
sampai ke permukaan bumi. Radiasi dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak
gelombang yang lebih pendek daripada cahaya. Radiasi UV dengan jarak gelombang
adalah di antara 280 hingga 315 nanometer yang dikenali UV-B dan ia merosak
hampir semua kehidupan. Dengan menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke
permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi dari efek radiasi yang merosak
kehidupan.
3.0 Punca Penipisan Lapisan Ozon
3.1 Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
Kloroflourokarbon (CFC) merupakan penyumbang
utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri daripada klorin, flourin dan karbon.
Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam pembuatan penghawa dingin,
aerosol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa dan bahan pelarut
terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang
digunakan telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang secara tidak langsung
menyebabkan kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras ozon global.
Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan menghakis lapisan ozon sedikit demi
sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang. Akhirnya, lapisan ozon ini akan
mengalami kebocoran secara serius.
3.2 Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian asap
mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida
dan sulfur dioksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di
lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin
sejuk.
3.3 Pelepasan gas nitrogen oksida
Terhasil daripada aktiviti manusia seperti
ujian bom, nuklear, pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida
melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Contohnya negara
Amerika, India, Pakistan. Selain itu, jet supersonik yang menembusi atmosfera
bumi akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan
sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan
molekul-molekul ozon akan bertindak-balas terhadap gas tersebut dan akhirnya
penghakisan lapisan ozon akan berlaku.
3.4 penyahutanan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebasakan
oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Namun,
penyahutanan secara meluas menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera
berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
3.5 Bilangan kenderaan bermotor
Faktor yang seterusnya ialah peningkatan
bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti
memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri. Oleh itu, bilangan
kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa.
Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera
menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di
stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses
penipisan lapisan ozon.
4.0 Akibat Penipisan Lapisan Ozon
Penipisan lapisan ozon ini, nyata mengundang
pelbagai risiko dan implikasi terhadap hidupan di muka bumi.
4.1 Kesan terhadap kesihatan manusia
Kesihatan manusia merupakan ancaman utama yang
paling ketara. Penyakit yang paling serius ialah kanser kulit. Dalam hal ini,
pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh
mengakibatkan penyakit barah kulit seperti melanoma. Penyakit ini terjadi
apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian
sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu
kuat. Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan 1% dalam lapisan ozon akan
menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes penyakit kulit. Masalah ini amat
ketara di negara-negara barat kerana kebanyakkan penduduknya berkulit putih
yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini. Selain itu, pancaran
ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata. Seseorang yang terlalu lama
terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata
yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan selaput putih yang
menutupi anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang mampu membiayai pembedahan
mata dan membeli cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah
kepada risiko penyakit katarak. Selain itu, pertambahan sinar utraungu juga
akan memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta
mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan
gangguan pernafasan. Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh
merosakkan sistem imunisasi manusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah
dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.
4.2 Perubahan Iklim Dunia
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran
ultraungu berlebihan lalu menyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek
berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon
menyeababkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh
atmosfera menyebabkan suhu bumi sejuk.
4.3 Kenaikan Aras Lautan
Penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan
peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi paras normal akan mengakibatkan
glasier di utara Artik dan Kutub Antartika akan mula mencair. Fenomena
pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air
laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap di telan laut. Contohnya
Pulau Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain.
Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut
akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan
kawasan-kawasan rendah.
4.4 Kesan terhadap ekosistem dan hidupan
Akuatik
Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan
sinaran ultraungu mengganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton. Hidupan
laut yang bergantung kepada plankton ini juga akan semakin berkurangan dan
mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber makanan.
Ini akan menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber
ikan.
4.5 Kesan terhadap ekosotem Daratan
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran
ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan mikroorganism yang terdapat di
dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan
hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam
tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Umpamanya, kajian yang
dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika
Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman
kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
5.0 Langkah-langkah mengatasi Penipisan
Lapisan Ozon
Namun begitu terdapat beberapa langkah yang
dapat di ambil bagi mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon
ini.
5.1 Pengurangan penggunaan bahan CFC
Untuk membendung masalah penipisan lapisan
ozon, kita perlu mengurangkan penggunaan bahan CFC. Antaranya
ialah dengan mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan
penggunaan kloroflorokarbon dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak
tertentu seharusnya meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam
mencari bahan ganti kloroflorokarbon. Contohnya, melalui penggunaan gas helium
yang telah dikaji dan mampu digunakan dalam alat penghawa dingin sebagai agen
pendingin. Hal ini dapat dibuktikan melalui teknologi tanpa kloroflorokarbon
dalam perindustrian alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan
akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
5.2 Melalui persidangan
Pengawalan penggunaan kloroflorokarbon ini
juga boleh dilakukan dengan mengadakan konvensyen dan persidangan peringkat
antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan komitmen daripada pihak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan pencinta alam sedunia adalah penting.
Konvensyen ini akan mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua negara yang
mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka
secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan
para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk
melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu
peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan
kloroflorokabon yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam memerangi pengunaan bahan kloroflorokarbon. Hal
ini dapat dibuktikan melalui persidangan antarabangsa mengenai ozon
tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains
Malaysia (USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara
Singapura yang telah mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pengdingin
udara kenderaan.
5.3 Kempen kesedaran dan badan sukarela
Badan-badan sukarela sepeti Greenpeace dan WWF
meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi,
ceramah dan bengkel. Melalui kempen ini, rakyat akan didedahkan dengan
kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya semua pihak boleh berganding
bahu untuk mentelesaikan masalah ini.
5.4 mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan
simpan
Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara
maju membangun menyebabkan pemanasan global berlaku. Oleh itu, negara di
seluruh dunia perlu mewartaka kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam
mengekalkan suhu bumi. Selain itu, konsep penghijauan juga disemai kepada
rakyat supaya karbon dioksida yang berlebihan dapat dikurangkan.
5.5 Kesedaran melalui pendidikan
Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu
penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti geografi dan sains.
Dengan penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran murid-murid atau
pengguna-pengguna dapat ditingkatkan. Kesedaran pengguna akan mengurangkan
pembakaran terbuka dan mengurangkan kegunaan bahan CFC. Dalam sektor pertanian,
pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik
kawalan biologi untuk menjaga lapisan ozon kita.
5.6 Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974
Akta ini akan memberi dendaan,
kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon.
Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek pembangunan perlu
dihantar kepada Pengarah JAS.
6.0 Akta dan Agen yang Terlibat
Dalam tahun 1975, dikhuatirkan
aktiviti manusia
akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan “United Nations
Environment Programme” (UNEP), WMO memulai Penyelidikan Ozon Global dan Projek
Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan penyelidikan ozon dalam jangka
panjang. Pada tahun 1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan Rencana
Dunia terhadap lapisan ozon. United Nation Environment Programme (UNEP) juga mengambil
tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon pada tahun 1987, dibuat satu
kesepakatan dunia mengenai pengurang pengeluaran. UNEP
mengambil Protokol Montreal atas bahan yang mengurangi lapisan ozon.
Pada tanggal 16
September, masyarakat di muka bumi ini memperingati Hari Ozon Sedunia.
Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) menetapkan tanggal 16 September sebagai Hari Ozon
Internasional, sesuai dengan tanggal penandatanganan Protokol Montreal, 16
September 1987.
7.0 Penutup
Penipisan lapisan ozon berfungsi sebagai
penapis yang menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya
kepada kehidupan di bumi. Namun demikian, lubang ozon di Antartika telah
dikesan oleh saintis pada tahun 1987.
Masalah ini telah menjadi
semakin serius kerana tingkah laku manusia yang tidak bertanggungjawab, iaitu
penggunaan CFC yang berlebihan, penyahutanan secara berleluasa, pelepasan gas
nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang berlebihan. Penipisan lapisan ozon
telah membawa banyak kesan negatif terhadap benda hidup. Antara yang paling
serius ialah penyakit barah kulit.
Masalah penipisan lapisan
ozon telah kian serius pada zaman kini. Oleh itu, semua manusia haruslah
memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama untuk
mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya generasi yang akan
datang dapat menikmati alam sekitar yang baik.
No comments:
Post a Comment