Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) yang merupakan seorang ahli biologi dan perintis perancang bandar dari Scotland. Orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN) di Paris dalam tahun 1958.
Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991) dan Agenda 21 (1992) telah memberi kesan sehingga terbentuknya perlunya keperluan kepada Pendidikan Alam Sekitar kepada kanak-kanak sekolah.Stockholm (1972)
Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia” (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.
Tbilisi (1977)
Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP) dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.
The Belgrade Charter (1975)
Pada tahun 1975, sebuah persetujuan antarabangsa tentang Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Belgrad, Yugoslavia. Pada pertemuan tersebut dihasilkan pernyataan antara negara peserta mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang dikenal sebagai "The Belgrade Charter-a Global Framework for Environmental Education".
Pada tahun 1975, sebuah persetujuan antarabangsa tentang Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Belgrad, Yugoslavia. Pada pertemuan tersebut dihasilkan pernyataan antara negara peserta mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang dikenal sebagai "The Belgrade Charter-a Global Framework for Environmental Education".
Secara ringkas tujuan Pendidikan Alam Sekitar yang dirumuskan dalam Belgrade Charter tersebut di atas adalah sebagai berikut:
- Meningkatkan kesedaran dan perhatian terhadap perkaitan antara bidang ekonomi, sosial, politik serta ekologi, baik di kota mahupun di desa.
- Memberi kesempatan bagi setiap orang untuk mendapatkan pengetahuan, keterampilan, sikap/perilaku, motivasi dan komitmen, yang diperlukan untuk bekerja secara individu dan kolektif untuk menyelesaikan masalah alam sekitar semasa dan mencegah munculnya masalah baharu.
- Menciptakan satu kesatuan pola tingkah laku baharu bagi individu, kelompok- kelompok dan masyarakat terhadap alam sekitar.
No comments:
Post a Comment