Sumber Galian

KEMEROSOTAN SUMBER GALIAN YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI


Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain.
      Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu  dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti  plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Terdapat tenaga yang tidak boleh diperbaharui dimana kita seharusnya menjaga dan menilai kembali.

TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI 

Tiga sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah :


  1. Minyak dan hasil petroleum – termasuk gasolin, bahan bakar diesel, dan propana 
  2. Gas asli 
  3. Arang batu 



Petroleum 

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.
Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .
Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah menambahgunakan sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil ( petrol dan diesel) untuk berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan. Gas asli digunakan untuk menghasilkan keluli, kaca, kertas, pakaian, batu bata, elektrik dan sebagai bahan mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk. Sebahagian produk tersebut ialah cat, baja, plastik, bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat – ubatan dan bahan letupan. Gas asli juga digunakan di rumah untuk menyalakan dapur, pemanas air, pewarna pakaian dan lain – lain peralatan elektrik.
       Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Hanya 1 peratus sahaja menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara tidak langsungnya telah menambahgunanya bahan api fosil.


Arang batu 


Arang batu juga merupakan sumber asli hidrokarbon. Arang batu terbentuk daripada sisa tumbuhan (di kawasan berpaya) yang mati , kemudian tertimbus , berjuta-juta tahun dahulu . Sisa tumbuhan itu terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi , seterusnya bertukar kepada arang batu.Arang batu digunakan sebagai bahan api dan sumber pelbagai jenis bahan kimia seperti minyak wangi , cat , plastik , detergen dan bahan letupan. Metana dapat diperoleh dengan memanaskan arang batu kepada suhu 1300 darjah Celsius. Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas. Arang batu banyak digunakan untuk menghasilkan elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik.




Emas atau Mas 


Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

       Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain. Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.



Timah

Kasiterit atau bijih timah adalah satu galian timah oksida , SnO2. Secara umumnya ia adalah legap, tetapi ia adalah lutcahaya dalam kristal-kristal nipis. Kekilauannya dan antara muka kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik. Kasiterite adalah bijih timah yang utama pada masa kini   Ini Merupakan sebuah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Sn (bahasa Latin: stannum) dan nomor atom 50. Unsur ini merupakan logam miskin keperakan, dapat ditempa (“malleable”) tidak mudah teroksidasi dalam udara sehingga tahan karat, ditemukan dalam banyak aloy, dan digunakan untuk melapisi logam lainnya untuk mencegah karat. 
      Baru-baru ini, campuran logam kristal timah-niobium menjadi superkonduktor pada suhu sangat rendah, menjadikannya sebagai bahan konstruksi magnet superkonduktif yang menjanjikan. Magnet tersebut, yang terbuat oleh kawat timah-niobium memiliki berat hanya beberapa kilogram tetapi dengan baterai yang kecil dapat memproduksi medan magnet hampir sama dengan kekuatan 100 ton elektromagnet yang dijalankan dengan sumber listrik yang besar.



FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKUKEKURANGAN BEKALAN SUMBER GALIAN

• Harga pasaran meningkat
• Meningkatkan hasil penerokaan
• Permintaan tinggi
• Perkembangan teknologi

• Penerokaan yang tidak terkawal


MANAFAAT BEKALAN SUMBER GALIAN

• Teknologi meningkat
• Pendapatan negara bertambah
• Taraf hidup rakyat ditingkatankan

• Penambahan peluang pekerjaan


KESAN DARI KEKURANGAN BEKALAN GALIAN

• Semakin kekurangan Sumber
• Generasi akan datang tidak dapat menimati faedah
• Pencemaran tanah, air dan udara
• Menjejaskan ekosistem






Kumpulan.

1. Abdul Manan Bin Abdul Latip
2. Maz Lizuardi Shahrizal
3. Che Wan Zakaria Bin Che Wan Long

Kerja - kerja pembinaan Model



Susunan model

Permulaan Projek 

Mewarna Model



Meletakan Model Lain

No comments:

Post a Comment