Rumah Hijau

Di Sunting Oleh;

ZAFIQ B. ZAINAL ABIDIN
ZAINAL ABIDIN B. JOHARI
MOHD. SHAMSUL B. THOYIBAN





DEFINASI KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.


* Ramai yang tersalah tafsir dan menganggap bahawa rumah hijau adalah seperti gambar yang di atas.
Gambar di atas bukan Rumah Hijau yang dimaksudkan di sini.

  
PROSES KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.


*Gambar di atas adalah contoh "Rumah Hijau" yang sebenar.

  
KESAN RUMAH HIJAU GLOBAL

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
     1. Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan.
     2. Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
     3. Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana
         tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.
  * Carta Kesan Rumah Hijau.terhadap Global.


PUNCA KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
    1. Banyak berlaku pembakaran terbuka / pembakaran hutan.
    2. Banyak asap dari kereta dan kenderaan lain.
    3. Banyak asap dari kilang
    4. Pembakaran bahan api fosil berlebihan
    5. Kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan
    6. Penggunaan petrol berplumbum yang banyak
    7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.
    8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.


* Salah satu contoh faktor punca kesan Rumah Hijau.
KAEDAH MENGURANGKAN KESAN

Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

     1. Menanam pokok / menambah kawasan hijau / menghijaukan bumi.
     2. Mengenakan denda / menguatkuasakan undang-undang kepada pihak
         mencemarkan alam sekitar.
     3. Mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
     4. Memasang alat penapis asap kilang.
     5. Kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum.
     6. Menjalankan pembakaran menggunakan incinerator.
     7. Berkongsi kenderaan.
     8. Menjalankan proses kitar semula bahan buangan / terpakai.
     9. Melaksanakan R&D untuk penambah baik.


VIDEO PENERANGAN FAKTOR, PUNCA DAN KESAN RUMAH HIJAU

Di sini kami muat naik video perbentangan oleh saudara Shamsul berkaitan Faktor, Punca dan Kesan Rumah Hijau serta Pemanasan Global.




GALERI GAMBAR AKTIVITI SUKARELAWAN MEMBANTU MANGSA BANJIR DI MANIK URAI DAN KUALA KRAI KELANTAN

Di sini kami lampirkan sekali galleri bergambar kami di sepanjang aktiviti sukarelawan membantu mangsa banjir di Kelantan. Tragedi banjir besar yang berlaku di sini hanya merugikan kesemua pihak. Mudah-mudahan bencana sebegini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan tahap kepekaan masyarakat untuk membudayakan gaya hidup lestari agar bencana seperti ini dapat di elakkan atau di kurangkan kesannya.

Manusia adalah khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah menjaga alam sekitar itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita. Sayangilah alam sekitar kita agar generasi-generasi akan dating mampu menikmatinya.

Kesemua gambar di bawah diambil oleh salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu saudara Zafiq Bin Zainal Abidin dengan menggunakan kamera DSLR Nikon D800. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua dan ambillah iktibar daripada apa yang telah berlaku.


* Gambar di bawah adalah hak milik terpelihara.


































*(PROCESS UPDATE TEXT DAN GAMBAR SEDANG BERJALAN)



 


No comments:

Post a Comment