Pencemaran Udara

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kump:
1.     Sharifah Salwah Bt Seberi @ Embran
2.     Nor Azah Binti Muhammad
3.     Erniwaty Binti Jasmi
4.     Ayilen Binti Gondoloi



Pencemaran udara

            Udara membekalkan kita dengan oksigen yang penting untuk badan kita terus hidup.  Komposisinya terdiri daripada 78% Nitrogen, 21% oksigen, 0.03% karbon dioksida CO2. Adalah penting untuk di kekalkan nisbah dalam kompsisi sedemikian untuk benda hidup kekal hidup di bumi. Namun aktiviti-aktiviti manusia boleh melepaskan bahan-bahan ke udara, yang mana ada diantaranya boleh menimbulkan masalah kepada manusia, pokok dan binatang. Perubahan dalam komposisi, atau pencemaran boleh secara langsung menambah gas yang beracun dan berbahaya- yang mungkin boleh menyebabkan satu siri komplikasi kesihatan, mempengaruhi kehidupan pokok-pokok dan binatang- kerana proses kehidupan boleh dikurangkan disebabkan pengurangan dalam kandungan oksigen di udara.


            Sebuah kereta atau lori tidak akan membakar semua bahan api yang masuk ke dalam tangki pembakaran, hanya 85% sahaja digunakan. Diesel, biodiesel, gasoline, propana, gas asli, minyak, kayu dan arang batu semu menghasilkan karbon monoksid bila dibakar. Hal ini lebih ketara dalam kereta lama membakar kurang bahan api dan bahan api yang tidak terbakar adalah punca jawab kepada masalah pencemaran seperti ditunjukkan di bawah.

Terdapat empat jenis pencemaran udara, iaitu akibat daripada:
·         karbon monoksida
·         hidrokarbon
·         nitrogen oksida
·         Jirim-jirim zarah

            Di kawasan bandar yang sesak, lebih 95% CO yang dikeluarkan disumbangkan oleh kenderaan atas jalanraya dan luar jalanraya. Sumber-sumber lain CO adalah pemanas industri dan relau pembakar, pemanas gas yang rosak atau tak berbahan api dan alat-alat pemanas. Gas karbon monoksida tidak mempunyai bau, rasa dan warna. Oleh itu manusia tidak dapat mengesan kehadirannya. Namun begitu peratusan yang tinggi dalam udara mengurangkan pengambilan oksigen dan boleh jadi beracun atau membunuh manusia dan binatang. Impak kesihatan Keracunan Karbon Monoksid mudah penat, sakit kepala, pening, mual. Ia juga boleh menyebabkan pemanasan global, menjadi satu komponen dalam kabut.

            Hidrokarbon dilepaskan ke atmosfera hasil daripada pembakaran tidak lengkap bahanapi fosil, dan penyejatan bahanapi. Sebanyak  47% daripada hidrokarbon yang dilepaskan ke atmosfera adalah akibat kenderaan atas-jalanraya dan luar-jalanraya.  Hidrokarbon mempunyai bau kuat. Bauu kuat daripada enjin kenderaan diesel adalah disebabkan kehadiran hdrokarbon.

            Bila hidrokarbon dicampur dengan NOx  dan matahari, ozon dihasilkan. Ia juga menyumbang satu komponen penting dalam penghasilan kabut , jerebu yang bewarna coklat yang boleh kerengsaan dan kerosakan pada mata, kulit dan paru-paru. Ia mengeringkan selaput pelindung pada hidung dan tekak, menganggu kebolehan badan untuk melawan penyakit. Hidrokarbon adalah dalam bentuk gas, mempunyai bau kuat, bercampur dengan Nox untuk menghasilkan ozon, is boleh menjadi toksik kepada manusia. Nitrogen oksid (Nox) dihasilkan apabila nitrogen (N2) dan oksigen (O2) bercampur pada suhu dan tekanan tinggi semasa pembakaran bahanapi. Semua bahanapi, seperti gasolin, disel, biodisel, propane, arangbatu, dan etanol, megeluarkan NOx bila dibakar. Nitrogen oksid dihasilkan daripada kenderaan, penjanaan kuasa dan daripada industri, komersial dan rumah kediaman. Ia kepada pebagai masalah kesihatan seperti masalah pernafasan dan persekitaran. Ia juga tidak mengeluarkan berbau dan bergabung dengan ampaian-ampaian di udara menghasilkan kabut yang coklat-merah dan merupakan menyumbang kepada kesan rumah hijau melalui pemanasan global dan perubahan cuaca dan hujan asid

            Zarah-zarah berjirim adalah sejenis pencemaran udara yang mana jirim-jirim diibebaskan ke dalam udara daripada bahanapi yang membakar untuk tenaga.

Ia terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dalam lingkungan beberapa mikrometers (µm) saiznya. Zarah-zarah kecil ini dihasilkan daripada ekzos bahanapi yang terbakar pada kenderaan, rumah, dan industri adalah punca utama pencemaran diudara. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti membakar kayu atau bahanapi pada unggun api dan barbeku boleh melepaskan jelaga (soot) ke udara. Satu contoh kehadiran zarah-zarah pepejal di udara adalah jerebu yang berlaku di negara kita setiap tahun. Zarah-zarah ini bila di hidu, boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas untuk mereka yang sedia ada mempunyai masalah respiratori dan boleh memburukkan lagi serangan asma. Ia juga boleh memburukkan keadaan persekitaran dengan menyumbang kepada kehadran kabut, hujan asid, kesan rumah hijau dan kebocoran pada lapisan ozon.


            Pencemaran Air

            Pencemaran air adalah pencemaran pebagai jenis air (contohnya tasik, sungai, lautan dan air dalam tanah). Pencemaran air berlaku apabila bahan tercemar dikeluarkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam air tanpa rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan bahan sebatian yang berbahaya . Keadaan ini mempengaruhi pokok dan organisma air; bukan sahaja merosakkan spesies dan populasi, tetapi juga komuniti biologi. Beberapa punca pencemaran air adalah:

          Kumbahan dan bahan buangan
          Bahan buangan industri
          Pencemaran akibat minyak
          Pemendapan atmosfera
          Pembuangan marin
          Bahan buangan radioaktif
          Kebocoran storan bawah tanah
          Pemanasan global
          Eutrofikasi (menambah nutrien pada tanah)

Bahan kumbahan dan buangan adalah daripada aktiviti domestik di rumah, amalan-amalan industri dan pertanian boleh menyebabkan pencemaran yang boleh menyebabkan pencemaran tasik dan sungai. Ia  mengandungi najis, air kencing dan bahan buangan basuhan. Terdapat berjuta manusia di Bumi, jadi merawat bahan kumbahan adalah sangat penting. Pembuangan bahan kumbahan adalah masalah major pada negara membangun sebab kebanyakan orang di kawasan-kawasan ini tidak mempunyai akses kepada   keadaan sanitari dan air bersih.  Air yang tidak dirawat boleh mencemarkan persekitaran dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti cirit birit. Bahan kumbahan di rawat di logi rawatan air dan di lepaskan ke laut.  

            Selain itu, bahan buangan industri ke dalam air seperti asbestos, plumbum, raksa merbahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit. Unsur-unsur logam seperti raksa dan plumbun tidak boleh mereput dan amat sukar dibersihkan apabila tercemar. Nitrat dan fosfat adalah bahan-bahan kimia yang biasa digunakan di dalam baja. Akibat penggunaan baja yang bertambah, nitrat di alirkan dari tanah ke sungai dan tasik dan mencemarkan air. Hal ini menyebabkan kejadian seperti eutrofikasi berlaku di tasik-tasik dan menganggu hidupan marin disitu.

            Pencemaran minyak juga merupakan satu penyumbang kepada pencemaran air di bumi kita. Laut dicemar oleh minyak setiap hari akibat tumpahan minyak, perkapalan dan pembuangan. Sebanyak 12% daripada minyak yang masuk ke dalam laut, lainnya daripada aktiviti-aktiviti perkapalan. Keadaan ini sangat bebahaya dan boleh membunuh hidupan laut seperti ikan, burung  dan memerang. Hal ini demikian kerana minyak tidak boleh larut dalam air dan menghasilkan enapan yang pekat di dalam air, yang boleh melemaskan ikan, terperangkap pada bulu burung dan menghalang fotosintesis daripada berlaku pada tumbuhan apabila ia tertumpah pada tumbuhan marin.

            Satu lagi faktor yang merupakan punca pencemaran air adalah pembuangan marin. Ia berlaku apabila manusia membuang sampah sarap sewenang-wenangnya ke dalam air tasik, sungai atau laut. Bahan-bahan yang dibuang mengambil masa yang berbeza untuk mereput di dalam air, contohnya;

          Kadbod – 2 minggu
          Surat khabar -  6 minggu
          Bungkusan photodegradable – 6 minggu.
          Foam – 50 tahun
          Styrofoam – 80 tahun.
          Aluminium – 200 tahun
          Bungkusan plastik – 400 tahun
          Gelas – sangat lama dan tidak boleh ditentukan

            Hujan asid adalah satu pencemaran air yang berlaku akibat pencemaran udara. Ia berlaku apabila terdapat zarah-zarah air bercampur dengan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida di atmosfera, lalu menghasilkan asid lemah. Bila hujan, air dicemar dengan gas-gas ini dan mejadi berasid. Hujan sebegini dipanggil hujan asid.  ujan asid mencemarkan habitat air seperti sungai dan tasik.

            Pencemaran bunyi
           
            Pencemaran bunyi adalah berbeza daripada pencemaran-pencemaran lain kerana pencemarannya hilang atau berhenti apabila punca pencemaran dihentikan. Tiada bahan kimia yang masuk ke udara atau air. Selain itu, ia memberi tekanan kepada yang terlibat, yang menjurus kepada penyakit-penyakit lain.  Bunyi diukur dalam unit desibel, dan kekuatan dan kenyaringan bunyi menentukan tahap pencemarannya. Namun, satu bunyi mungkin sangat bising kepada seorang individu tetapi ia biasa-biasa sahaja kepada invidu yang lain. Jadual 3.1 menunjukkan tahap-tahap bunyi dan kesan yang mungkin terhadap seseorang individu yang terdedah kepadanya.





No comments:

Post a Comment